AF6 vs AIM15

•Mei 3, 2008 • 1 Komen

Minggu ini berlaku lagi sebuah perang rating yang akan melanda seluruh negara. Pastinya ramai peminat dunia hiburan terpaksa memilih antara dua acara besar yang berlaku di hari yang sama. Antara AF6 atau pun AIM 15.

Saya seperti biasa harus ke Konsert 7 Akademi Fantasia 6. Sudah dua kali AIM tidak dapat saya turut serta. Minggu ini saya juga terpaksa membuat pilihan.

Ingin mendapatkan maklumat terkini keputusan AIM juga mungkin sesuatu yang sukar kerana tiada rangkaian boleh digunakan di Istana Budaya.

Ulasan persembahan pelajar AF6 akan dikemaskinikan esok.

Ramalan Anugerah Industri Muzik 15

•Mei 2, 2008 • Tinggalkan Komen
Agak sukar untuk membuat ramalan. Bagaimanapun, untuk tidak menghampakan saya mengharapkan sesuatu yang mengejut berlaku dalam anugerah tahunan muzik Malaysia tahun ini. Seperti tahun lepas, saya tidak dapat menonton AIM15 kali ini kerana seperti biasa saya akan bertandang ke Istana Budaya untuk Konsert 7 Akademi Fantasia 6.

Sebenarnya jika boleh, saya hanya mahu mendengar alunan muzik orkestra pimpinan Ramli MS sahaja dan mahu “mute“kan audio vokal pelajar. Boleh tak ?

Artis Harapan
Candy
Dafi
Fiq
Heliza
Suki

Artis Baru Terbaik
Atilia
Estranged
Faizal Tahir
Kaer Azami
Karen Kong

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki)
Aliff Aziz – Aliff
Faizal Tahir – Aku.Muzik.Kamu
Hazami – Nyata
Kaer Azami – Menjelma
Sohaimi Mior Hassan – Suatu Hari Nanti

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita)
Atilia – Sangkar
Dato’ Siti Nurhaliza – Hadiah Daripada Hati
Dayang Nurfaizah – Dayang 2007
Elyana – Jadi Diriku
Karen Kong – Mulakan

Kulit Album Terbaik
Ajin – Hey – Singletrackmind
Anthony Ho – Dayang 2007 – Dayang Nurfaizah
Anuar Sujud – Hadiah Daripada Hati – Dato’ Siti Nurhaliza
Emir Ezwa – Chameleon – Ash Nair
Jenny Sun – After 8 – Liang

Rakaman Album Terbaik
Audi Mok & Nick Lee – Aku.Muzik.Kamu – Faizal Tahir
Greg Henderson – Chameleon – Ash Nair
Greg Henderson, Hanafi Hamdan, Fazli Fauzy & Marzuki – Bintang 12 – Spider
JD – Freakshow Vol 1 : Tales of The Travelling Tunes – Pop Shuvit
Nick Lee, JD Wong & Illegal – After 8 – Liang

Video Muzik Terbaik
Ajin – Kau Atau Aku (Main Tarik Tali) – Elyana
Julian Oh & Hue Visualabs – A Day Before Tomorrow – Ash Nair
Nam II Cho – Freakshow – Pop Shuvit
Reshmonu – The Way It Makes You Move – Reshmonu
Sean Chan – Sangkar – Atilia

Album Pop Etnik Terbaik
Jatuh Cinta Pandang Pertama – Azfar – M.Nasir, To’ki, Hanafi Spider, Tony Spider & Usop Kopratasa
Melodi Ahlan – WaheedaWaheeda, Yasin Sulaiman, Cat Farish & Hafiz Hamidun

Album Nasyid Terbaik
Al’Asr…A Moment – Mu’adzDak Mie
Hafiz Hamidun – Hafiz HamidunHafiz Hamidun
Maulana – RabbaniRabbani, Azmi Manap & Yasin Sulaiman

Album Rock Terbaik
Aku.Muzik.Kamu – Faizal Tahir
Audi Mok, Kunci Demak, Aubrey Suwito, Ahmad Izham Omar & Faizal Tahir
Bintang 12 – SpiderSpider
Mpire – MpireTrabye
Nada – NiskalaNiskala
Patah Pusing – JinbaraAndi Rahman & Jinbara

Album Pop Terbaik
Dayang 2007 – Dayang NurfaizahGreg Henderson, DJ Uno, Jenny Chin, Audi Mok & Mohariz Yaakup
Hadiah Daripada Hati – Dato’ Siti NurhalizaDato’ Siti Nurhaliza, Aubrey Suwito, Audi Mok, Azlan Abu Hassan, Greg Henderson, Jenny Chin & Sharon Paul
Imagin – Liza HanimAudi Mok, Sharon Paul & Hazami
Menjelma – Kaer AzamiAudi Mok, Azlan Abu Hassan & Mohariz Yaakup
Semuanya Ada Di Sini – FarawahidaJulfekar

Album Inggeris Tempatan Terbaik
After 8 – LiangLiang
Eclecticism – Melissa IndotMelissa Indot & Marinna Indot, Mac Chew, Audi Mok & Sharon Paul
Freakshow Vol 1 : Tales Of The Travelling Tunes – Pop ShuvitJD, Uno & AJ (The Unknown), Inspectah Desk, DJ Cheapshot & Vin Skully
(Hey) – SingletrackmindGreg Henderson & Juhan Chan
Silentscream – SilentscreamReshmonu, John Oommen & Yam Wern – Jhien

Album Cina Tempatan Terbaik
Danny 2.0 – Danny WanDanny Wan
Here I Come – Andrew TanSee Kwan Seng & Joshua Hing
Showtime – Karen KongFred Chong
Smile – Kwok Fai ChanPercy Phang, Ke Wang, Ah Guan, Danny, Goh Wei Wei & Yun Ren
Unavoidable – Daniel LeeNan Kong, Azlan Abu Hassan, Percy Zhary Jue-Long, Danny Wan & Guan Qi-Yuan

Album India Tempatan Terbaik
Asthivaram – The VillanzKash
Martin Zamigano Kanmani – Martin ZamiganoMartin Zamigano
Naana Neeya – Naana NeeyaDhar Mameti
Satriye Sambrajyem – Boomerang XKumaran
Vallavan – VallavanYogi B

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara
Gigi – 11 Januari – Peace Love N Respect
Kerispatih – Tapi Bukan Aku – Kenyataan Perasaan
Kris Dayanti – I’m Sorry Goodbye – Kris Dayanti
Rossa – Terlalu Cinta – Yang Terpilih
Ungu – Kekasih Gelapku – Untukmu Selamanya

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu (Bahasa Malaysia)
Audi Mok – Ingin Kumiliki – Dayang Nurfaizah
Azlan Abu Hassan – Sekian Lama – Dato’ Siti Nurhaliza
Irwan Simanjuntak – Tinggalkan Aku – Anuar Zain
Nai Kong – Cintamu – Dato’ Siti Nurhaliza
Sharon Paul – Hati – Dato’ Siti Nurhaliza

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu (Bukan Bahasa Malaysia)
Audi Mok – La Da Di Dum – Faizal Tahir
Hafiz Hamidun – Last Breath – Hafiz Hamidun
Mac Chew – Love Surreal – Melissa Indot
Sundrra / Fasy – Anbey Sagiye – Boomerang X
Z-Wan / Jason Voon – Weylana – Betty Benafe

Lagu Terbaik
AjaiAbie Abdullah -Menanti Pasti – Dato Siti Nurhaliza
Audi MokShah Shamsiri – Mahakarya Cinta – Faizal Tahir
Azlan Abu HassanAzlan Abu Hassan & Azalea – Sekian Lama – Dato’ Siti Nurhaliza
Azlan Abu HassanSulu Sarawak – Izinku Pergi – Kaer Azami
Estranged – Richael L.Gimbang – Itu Kamu – Estranged

Album Terbaik
Aku.Muzik.Kamu – Faizal Tahir – Audi Mok, Kunci Demak, Aubrey Suwito, Ahmad Izham Omar & Faizal Tahir

Mahakarya Cinta Sampai Syurga

•April 27, 2008 • 1 Komen

Semuanya serba tidak kena minggu ini. Fikiran saya bercelaru. Pertamanya kerana blog saya di http://sultanmuzaffar.blogspot.com telah dikunci oleh Blogger.com. Saya tidak dapat mengemaskinikan blog tersebut kerana dikatakan ia sebuah blog spam. Saya sendiri tidak faham apa masalahnya. Mungkin juga kerana pautan yang terlalu banyak di blog tersebut.

Blog tersebut diberikan masa selama 20 hari sebelum dipadamkan oleh Blogger walaupun setelah rayuan dibuat pada 23 April lepas. Saya jadi semakin bingung kerana itulah nyawa saya. Itulah cinta saya. Itulah jiwa saya. Yang semakin hilang.

Saya telah pun menghantar email maklumbalas kepada pihak Blogger dan hingga hari ini masih tiada jawapan. Saya terpaksa menukar template blog tersebut kepada sesuatu yang lebih senang dilayari. Lebih ramah-pengguna.

Hanya tinggal beberapa hari lagi sebelum ia dipadamkan. Tujuh hari telah pun berlalu dan saya masih menghitung hari moga Blogger menerima email rayuan saya.

Harap maaf kepada pembaca yang tiba-tiba terkejut melihat perubahan yang telah berlaku. Begitu juga untuk Nuffnang dan Blog Mobile yang iklan-iklan mereka tiba-tiba hilang.

Saya hilang. Saya tewas. Begitu sukar untuk menerima kenyataan tersebut.

Buat masa ini, di sini saya bertapak memulakan kehidupan baru yang perlu saya teruskan dan nadinya diberikan oleh anda, pembaca yang setia.

Saya mohon maaf. Saya semakin hilang.

Kampong Nekmat Ning Baizura dan Omar Sharif

•Februari 4, 2008 • 2 Komen
(ANCHOR)
Hajat Ning Baizura dan suami, Omar Sharif untuk membangkitkan suasana kampung dalam meraikan majlis persandingan mereka…menjadi kenyataan.
Malam tadi, Dewan Utama Pusat Pameran Dan Konvensyen MATRADE di Jalan Duta telah ditransformasi menjadi Kampong Nekmat.
(VT)
Lengkap dengan rumah kayu, basikal tua, malah vespa sebagai props, kehadiran tetamu disambut dengan reban kambing, titi serta kolam ikan di dalam dewan.

Kemeriahan majlis persandingan ning dan omar jelas terasa apabila sebahagian hadirin dijemput duduk bersila dan bersimpuh menikmati juadah enak yang disediakan.

Tanpa terikat kepada protokol dan formaliti, tetamu bebas untuk bergerak dan berbual, malah menari mengikut irama orkestra kampung.

Ada joget lambak, malah ada juga acara melatah!

Sebagai raja dan ratu sehari, Ning dan Omar menukar tiga helai persalinan.

Persalinan pertama, songket biru disarung untuk acara menepung tawar.

Pasangan romantis ini kemudiannya mengenakan persalinan kedua ala tradisi Jawa untuk menyempurnakan acara suap-menyuap.

Dan persalinan ketiga untuk acara memotong kek.

Selain saudara-mara dan para peminat Ning, majlis persandingan ini juga diserikan kehadiran ramai rakan selebriti.

Antaranya Datuk Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Syafinaz, Linda Onn, Yasmin Ahmad dan Farawahida.

Mereka juga tidak lokek menyumbang suara secara sukarela buat pengantin.

Buat Ning Baizura dan Omar Sharif, Selamat Pengantin Baru, semoga bahagia ke akhir hayat. //

Nota SM : Tahniah ! Saya sukakan suasana persekitarannya. Saya sukakan keintiman lokasi majlis tersebut ! Saya sukakan rekaan setnya ! Cuma saya tidak sukakan udang masak tempoyak. Eww !







Foto dari Kamera Gala TV, Astro AWANI Foto dari CheddYusoff.com

Selamat Tahun Baru 2008

•Januari 1, 2008 • Tinggalkan Komen

Hujung tahun baru saja selesai menyiapkan Gala TV Year-Ender.

Ahh ! Pening memikirkan kerja yang tidak pernah habis…

Kalau mahu bercerita tentang kerja, memang saya sudah sedikit tawar hati sejak akhir-akhir ini. Mungkin ini bukan yang saya ingin. Saya meneruskannya pun hanya kerana satu sebab. Saya cuba untuk larikan jauh-jauh perasaan itu tetapi makin dekat ia datang.

Kerjanya telah membataskan masa saya sehingga tiada kesempatan untuk kemana-mana kecuali membantu sahabat saya Mohamed Najmie Noordin yang melangsungkan perkahwinannya bersama Tengku Rinanda Putri. Bagi yang masih ingat, Najmie ialah pemilik blog SeniKami satu ketika dulu. Waktu itu zaman blog sedang meletup.

Sekarang ini tiada kesempatan untuk menulis.

Album Siti Nurhaliza, Hadiah Daripada Hati pun belum sempat lagi diulas. Dari Siti Nurhaliza belum ke Mekah, sehinggalah Siti telah pun kembali ke tanah air; ulasan album masih belum sempat ditulis.

Filem Kala Malam Bulan Mengambang pun telah saya tonton. Masih sama alasannya, tiada lagi kesempatan untuk diberikan pandangan.

Apa agaknya azam tahun baru saya tahun ini ? Saya telah pun memulakan azam baru itu sebulan yang lalu iaitu Katakan Tak Nak !

Mungkin ada satu pemangkin yang menyebabkan saya bertekad untuk berhenti. Dan itulah yang menyebabkan saya terus berada di sini.

Adakalanya saya mahu melarikan diri jauh-jauh dari bekerja dengan mereka yang “perasan bagus”….semakin menjauhkan diri, semakin dekat ia datang…

Anak Halal : Dari Perspektif Ajami

•Disember 26, 2007 • Tinggalkan Komen

Ulasan filem Anak Halal berikut lahir dari perspektif Ajami. Maaf, saya tidak sempat untuk menulis pandangan saya tentang filem tersebut. Masa terlalu suntuk.

Sekadar yang mampu dilahirkan, Anak Halal ialah sebuah filem yang bagus. Tidak rugi menontonnya. Saya mahu menontonnya sekali lagi.

Nantikan buah tangan terbaru Tayangan Unggul tidak lama lagi iaitu Kala Malam Bulan Mengambang. Filem itu lagi SUPERB !! Tabik spring dengan Mamat Khalid !

UPDATED: 9/12/07

Anak Halal ialah momen rehat sebentar kelajuan usia untuk menilai samada hidup kita lebih beruntung atau semalang mereka? ~ Ajami Hashim.131207

AMARAN: ULASAN INI ADA SPOILER!!!
Salaam.. Ini ulasan peribadi saya. Kalau kamu tidak setuju atau menginterpretasi filem ini dari sudut lain samada berdasarkan kepandaian ilmiah atau kepakaran membikin filem oleh anda, itu hak kamu dan ini hak saya! Tiada yang semuanya benar atau khilaf walaupun mungkin tafsiran saya atau kamu TIDAK serupa dengan isi sebenar yang hendak Osman Ali ceritakan!.. atau yang kamu fikirkan! Ia cuma sebuah filem!!!

Salah satu agenda sesebuah filem ialah propaganda dan lihatan peribadi pembikinnya tentang sesuatu perihal yang sudah lama terpendam bak gunung berapi dalam rembesan ingatannya! Anak Halal ialah apertur luas dan mikroskop khusus Osman Ali mengamat-amati punca dan akibat beberapa masalah sosial asas dalam masyarakat. Itu sahaja! Ia sememangnya kudis-kudis klise yang sudah diceritakan sebelum ini berkali-kali dalam pelbagai bentuk dan format. Jadi kenapa Anak Halal ini gah benar diwayangkan dan riuh sangat diwar-warkan sebagai yang terbagus?

Generally, great writers are not eclectic. Each tightly focuses his oeuvre on one idea, a single subject that ignites his passion, a subject he pursues with beautiful variation through a lifetime of work. ~ Story by Robert McKee (ms. 98)

NARATIF
struktur:
Anak Halal ialah sebuah cerita linear melewati 3 time-frame jangka hayat Indraputra – bayi, kanak-kanak dan dewasa. Tiada flashback yang berjela-jela untuk meyakinkan khalayak tentang apa, bila, siapa, kenapa dan bagaimana? (err!.. sebenarnya Hisham ada flashback sekejap di belakang filem ini). Mukadimahnya cuma backstory pantas yang dikongsi oleh Hisham, Mariam, seorang bayi comel yang tidak tahu apa-apa dan sepasukan polis (sistem sah). Kemudian dilompatkan ke zaman kanak-kanak Putra dan Jo yang ditimbulkan tiba-tiba di atas bumbung diikuti beberapa babak Mariam yang sudah pulih? (kasih-sayang mampu mengubah orang siuman ke gila atau sebaliknya kan?). Kisah besarnya ialah real-time hari ini iaitu cerita realisme subculture sekelompok terpencil anak-anak muda generasi masakini di Kuala Lumpur yang sebenarnya terpecah kepada 2 kumpulan protagonis dan antagonis, baik dan jahat. Di dalam keduanya pula, setiap individu bergerak sendirian secara mental dan fizikal, rohani dan jasmani dalam rentetan jalan hidup masing-masing yang bergerak ke depan dimana ia berkaitan sesama sendiri dari awal cerita ke klimaknya. Genrenya ialah ‘drama sosial’ – sebuah analisa serius permasalahan masyarakat yang dipilih khas oleh Osman Ali secara di-dramatik- kan dan di-fiksyen-kan untuk kesesuaian tontonan (cinta dan aksi) dari awal ke tengah penceritaan lalu diakhiri dengan puncak selesaian secara balasan terus bak peribahasa alang berjawab, tepuk berbalas, alang dijawat, tepuk dibalas!

asuhan:
Plot pertemuan tanpa jangka yang terpaksa dan terdesak di antara Hisham (Rosyam) dan Mariam/Bonda (Mislina) adalah ‘bingkai’ Anak Halal yang membuka dan menutup, memula dan mengakhiri, mencetus dan meletus! Mereka disuakan dalam kelam-kabut – wrong time! wrong place!.. Perjumpaan itu adalah titik mula dalam satu torehan kehidupan yang ditemukan semula pada titik yang sama membentuk sebuah bulatan/putaran karma merentasi masa. Adakah ulangan bebanan bala dan bencana yang ditanggung oleh Putra (Farid) seolah-olah saka buruk iaitu dosa ayah yang diturunkan kepada anaknya? Mungkin juga! Apatah lagi bila memikirkan beban hutang kepada along oleh ayah Erzan (Adi) dan Milya (Farah) yang kini mereka warisi secara terpaksa. Namun begitu, saya melihat salah satu isi sebenar Anak Halal ialah nasib seseorang manusia yang dipilihnya sendiri tanpa menyalahkan siapa dan apa sahaja onar di atas atau sebelumnya (ayah). Kenapa? Kerana semua manusia diberikan akal fikiran yang waras (bukan OKU) untuk mencorakkan sendiri hala tuju hidupnya bergantung kepada limitasi sumber survival seseorang individu. Tidak adil rasanya untuk menyalahkan apa-apa kekurangan pada diri kita di bahu orang lain (mahupun keluarga sendiri). Anak Halal salah satu agendanya cuba membentangkan situasi bak main tarik tali ini dalam dua pandangan sisi yang memakan masa bertahun-tahun ke arah satu konklusi dalam sekelip mata. Maksud saya, Hisham sepanjang durasinya di penjara sudah tentu menyalahkan dirinya sendiri seandai anaknya terbiar kerana menyerahkannya kepada seorang wanita yang jelas kurang siuman. Putra pula hakikatnya tidak pernah menyalahkan Hisham kerana baginya hanya Mariam/Bonda sahaja yang wujud dalam ingatannya untuk beberapa tahun zaman kanak-kanaknya. Cuma di titik akhir Hisham, Mariam dan Putra dipertemukan semula ia adalah momen ironi kepada titik mula filem ini. Seolah-olah ia adalah hukum karma di dunia kerana perjumpaan ketiga-tiganya kali ini bukan ‘pemulangan’ semula anak kepada ayah dalam bentuk percantuman semula kasih yang terpisah tetapi ‘pembalasan’ tanpa sedar kerana mengabaikannya dari anak kepada ayah! Anak Halal masih asasnya adalah balik kepada soal tanggungjawab seorang pengasuh (punca). Secara ayat mudah, sekiranya kita tersalah asuhan keturunan sendiri, akibatnya akan kembali kepada siapa yang menjadi penjaga? Secara sambil lalu Anak Halal melalui sub-plot Bu Leha (Kartina) dan anaknya Johanna (Maya) yang sama-sama berniaga buah-buahan sebagai analogi hubungan positif penjaga-jagaannya. Bagaimana pula dengan plot Mariam dengan Putra dan Jo/Ana? Pada pendapat saya, pertalian bukan darah daging di antara seorang wanita kepada dua orang kanak-kanak sebagai metafora dimana kadangkala kasih-sayang bukan keturunan sendiri lebih akrab dan bermakna sehingga ‘men-siuman- kan’ kembali seorang yang gila-gila! Ia seakan menyindir institusi kekeluargaan moden dan mewah yang gagal. Teguran Anak Halal ini dicerminkan sejelas-jelasnya dalam sub-plot politikus Datuk Farid (Tarmimi) dan anaknya Atikah (Fasha). Hancur! Walau hanya ada anak tunggal dan di kelilingi 1001 materialistik hubungan mereka berkecai-kecai dan berderai-derai terhempas menjadi serpihan paling hina!

moralisasi:
Adakah Osman Ali seorang moralis? Adakah Anak Halal bersifat didaktik? Adakah Osman Ali melalui Anak Halal melakukan didaktisme? Kamu tonton, dengar dan nilai sendiri dari 3 bahagian wawancara saya dengan beliau:
BUAL SANTAI: Ajami & Osman Ali [pt.1]
BUAL SANTAI: Ajami & Osman Ali [pt.2]
BUAL SANTAI: Ajami & Osman Ali [pt.3]

NOTA:
Saya tidak akan mengupas mengenai drug abuse & gangsterism dalam Anak Halal kerana Osman sudah ceritakan semuanya dalam sesi soal-jawab youtube di atas!
A great work is a living metaphor that says, “Life is like this.” The classics, down through the ages, give us not solutions but lucidity, not answers but poetic candor; they make inescapably clear the problems all generations must solve to be human. ~ Robert McKee

UPDATED: 19/12/07

PERWATAKAN
PELAKON/WATAK:
FARID KAMIL sebagai INDRAPUTRA
MAYA KARIN sebagai JOHANNA
FASHA SANDHA sebagai AMIRA ATIKAH
ADI PUTRA sebagai ERZAN
RAJA FARAH sebagai MILYA
BRONT PALARE sebagi DANIAL
ROSYAM NOR sebagai HISHAM
REMY ISHAK sebagai SHAH
JEHAN MISKIN sebagai IJAM
ZULHUZAIMI sebagai TAJUL
FAUZI NAWAWI sebagai JEFF
FIZZ FAIRUS sebagai LUD
KARTINA AZIZ sebagai BU LEHA
MISLINA MUSTAFA sebagai MARIAM
DATO’ AZIZ SATAR sebagai PAK ALI
AHMAD TARMIMI SIREGAR sebagai DATUK FARID

Anak Halal bercerita secara berkumpulan iaitu ensemble cast – grup protagonis: Putra, Jo, Erzan, Milya, Danial, Shah dan Atikah; grup antagonis – Tajul, Jeff dan Lud. Di antara kedua grup ini ada sub-watak di tengah kedua kumpulan iaitu Hisham, Mariam, Datuk Farid dan Ijam. Sementara watak-watak rencah ialah Datuk Farid, Bu Leha dan Pak Ali. Kerana itulah kadangkala penonton tercari-cari siapakah hero dan heroin sebenarnya filem sebegini? Ok! Mungkin yang ketara ialah ketua geng baik Anak Halal ialah Putra tapi siapakah heroinnya? Johanna atau Atikah atau Milya? Juga soalan siapa ketua jahat samada Hisham atau Tajul? Apa-apa pun, bagi saya kesemua watak berkaitan sesama sendiri kerana rantaian aksi-reaksi setiap plot dari awal cerita. Ia adalah naratif secara chain-reaction – apa sahaja yang dibuat oleh mana-mana watak akan mencetus tindak-balas oleh watak yang lain.

punca
Hisham ialah punca. Seandainya Hisham orang baik-baik bekerja secara halal maka tiadalah Anak Halal. Tindakannya menyerahkan Putra kepada Mariam adalah mulaan kisah panjang snowball effect selepasnya. Bila dilihat dari keseluruhan naratif Anak Halal, Hisham juga adalah punca/dalang utama konflik dalam Anak Halal melalui protege nya iaitu Tajul walaupun Hisham hanya dikedepankan semula di pertengahan cerita. Dalam erti-kata lain, kehidupan Putra dan rakan-rakannya hanya aman-damai semasa Hisham dalam penjara. Cuba renungkan semula, seandainya Hisham benar-benar insaf selepas dipenjarakan, dia dan Mariam akan menemui Putra suatu hari nanti – cerita habis.. they live happily ever after!

mangkin
Erzan dan Atikah ialah mangkin. Sebenarnya watak Erzan ialah katalis sebenar yang menggerakkan kisah Anak Halal. Sekiranya Erzan mampu menyara pembelajaran Milya dan membayar semua hutang along si Tajul melalui jualan burgernya, Anak Halal akan statik dan berputar dalam rutin yang sama. Tiada konflik! Cerita tamat! Kerana itulah, di pertengahan cerita watak Erzan lebih menonjol dari Putra apatah lagi dia juga adalah penyambung semula plot Putra-Atikah di bawah jambatan. Atikah pula adalah watak luar yang memasuki geng Putra secara kebetulan (ya! saya tahu ada ramai blogger/penonton yang tak puas hati dengan perkataan ‘kebetulan’! huhu!) Atikah menjadi bucu tambahan cinta 3-segi Putra-Jo-Atikah. Dia merumitkan kerahsiaan perasaan dalam hati Jo. Atikah kacau daun! Saya sukakan watak Erzan dan Atikah sebagai pemangkin memobilisasikan watak Putra yang perlahan dan sama setiap hari.

tunjang
Putra ialah tunjang. Dia pasif dan introvert di awal cerita. Putra memegang prinsip itu iaitu hidup aku pilihan aku! kerana besarnya dia dengan apa yang ada sebagai anak yatim yang berdikari dan anak angkat kepada Mariam/Bu Leha sahaja. Kerana itulah Putra tidak pernah bergantung kepada sesiapa secara luarannya dan dia adalah dia sendiri! Watak Putra agak membosankan di mulaan cerita kerana dunianya hanya ada Jo, Bu Leha, Erzan, Milya, Danial, Shah dan Pak Ali. Putra sering dalam mode ‘selamat’ dalam apa juga situasi walaupun dia adalah tunjang watak yang diikuti dari awal ke akhir naratif Anak Halal. Perwatakannya hanya berkembang setelah Erzan dibunuh dan Atikah mati. Adakah watak Putra seolah-olah wakil Hisham yang cuba mensucikan diri dari kejahatan terdahulunya tetapi gagal kerana Hisham sendiri yang memporak-perandakan hidup Putra melalui madness Tajul? Juga adakah Putra seakan-akan Jebat moden? Yang pasti Putra adalah taiko geng protagonis.

kontra
Tajul, Jeff dan Lud ialah watak-watak kontradiksi/ antagonis berkumpulan dalam Anak Halal. Tiada mereka, maka naratif filem ini akan berlegar pada titik yang sama! Jika diamati benar-benar, ketiga-tiga watak seakan monotoni melalui sifat jahat dan kehitaman perangai mereka. Yang menariknya, walaupun digeruni tetapi watak-watak ini diwarnai dengan perlakuan jokers mereka.

kelabu
Ijam dan Mariam adalah watak-watak kelabu Anak Halal. Walaupun Ijam seorang drug pusher, dia masih ada sifat kasihan kepada Erzan dan Atikah. Meskipun perwatakan sebegini seakan ‘membela’ syaitan seperti Ijam, penonton akan cepat-cepat mem-padan muka-kau! apabila Ijam sendiri kecundang dengan pekerjaannya sendiri. Watak Mariam juga kelabu di akhir cerita kerana kesanggupannya tinggal bersama godfather penyangak iaitu mentor kepada Tajul? Kedua-dua watak Ijam dan Mariam hanya perlu ditonton dan dikasihani kerana keterdesakan hidup mereka. Tetapi keduanya bukan figura yang digalakkan untuk dicontohi?

sidekick
Jo ialah sidekick utama. Milya, Danial dan Shah ialah pembantu sidekick! (boleh???) Kesemuanya macam belangkas! Sekali-sekala, watak Jo seakan menenggelamkan semua watak dengan ke-tomboy-an nya! Itu sahaja! Tidak dinafikan bahawa watak Jo adalah silaturahim kesemua watak geng protagonis! Jo juga adalah cermin baik-baik watak Atikah. Jo adalah backup kepada Putra iaitu tukang check and balance setiap perlakuannya. Malah Jo ialah saviour Putra di akhir cerita dengan bantuan sepucuk pistol! Milya pula seperti juga Jo berfungsi sebagai backup/check and balance/saviour untuk Erzan dengan tambahan iaitu Milya juga adalah vengeance kematian abangnya. Danial dan Shah pula ialah masculinity Anak Halal dari latar kerja dan perwatakan jantan sejati mereka berdua ala-ala lelaki Melayu terakhir! (Bront & Remy misti suka nih! huhu!)

rencah
Bu Leha, Datuk Farid dan Pak Ali adalah rencah yang mewarnakan lagi filem Anak Halal. Ketiga-tiganya walaupun cuma seakan cameo dalam filem ini, tetapi kesekejapan munculnya mereka menjadi sendi-sendi naratif yang menyambungkan dan mengelokkan lagi plot Anak Halal. Bu Leha ialah godmother geng protagonis. Datuk Farid ialah wakil orang-orang kaya yang silap. Pak Ali pula ialah metafora Putra seandainya dia tetap kekal jadi orang yang pasif sampai ke tua!

UPDATED: 26/12/07
LUBANG-LUBANG ANAK HALAL?
kebetulan?
Story creates meaning. Coincidence, then, would seem our enemy, for it is the random, absurd collisions of things in the universe and is, by definition, meaningless. And yet coincidence is a part of life, often a powerful part, rocking existence, then vanishing as absurdly as it arrived. The solution, therefore, is not to avoid coincidence, but to dramatize how it may enter life meaninglessly, but in time gain-meaning, how the antilogic of randomness becomes the logic of life-as-lived. ~ Robert McKee

Kebetulan demi kebetulan ada dalam Anak Halal? Benar! Betul! Lalu ia bersalah dan mesti dihukum kerana melanggar adat atau tatasusila penceritaan? Sebenarnya sesuatu kebetulan dalam apa jua naratif samada lisan, tulisan atau audio-visual (filem/tv) hanya dikesan setelah seseorang penonton balik ke rumah lalu termenung sebelum tidur atau bila bertekak dengan kawan yang sama menonton atau mungkin yang diimbas semula oleh seseorang pengkritik filem apabila hendak memulakan tulisan kritisnya! Betul tak? Kerana semasa menghayati sesebuah penceritaan, penonton akan mengikuti apa yang dipaparkan babak demi babak yang akan mencetuskan 1001 emosi; suka, duka, marah, benci, seram, kelakar mahupun bosan! Mereka tiada masa untuk memikirkan logika secara mendalam (kecuali kepada penonton intelektual yang akan menganalisa satu persatu salah/silap sesebuah cerita). Ini bukanlah bermakna saya menghalalkan dan sukakan semua kisah yang wajib ada sesuatu kebetulan, tapi pada pendapat saya, sesuatu kebetulan itu adalah mainan biasa dalam setiap cerita. Apa juga cerita!
deus ex machina?

Ya Anak Halal memang ada! Cuma ia bersebab! Saya senaraikan sahaja mana yang saya ingat:
1. Jeff hendak memecahkan kepala Putra dengan sisir besi >> Hisham tiba-tiba muncul menghalang! Perasan tak, semasa pergaduhan Jeff-Putra, ada kelibat manusia di latar belakang yang kabur iaitu Hisham.
2. Tajul hendak menembak kepala Putra >> Jo tiba-tiba menembak Tajul! Tentu kamu ingat semasa aksi campak-mencampak pistol, Danial adalah orang terakhir yang memegangnya lalu mencampakkannya pula ke arah Jo.
3. Hisham hendak menembak kepala Putra >> Jo tiba-tiba menjeritkan nama ‘Putra’ sekuat hati! Hisham ‘terpegun’ mendengarnya lalu Putra merampas pistol dari Hisham lalu.. banggg!

KESIMPULAN
Saya sukakan realisme Anak Halal! Kalau kamu benci, itu hak kamu!.. Ini hak saya!

TAMAT
Ajami Hashim.261207
http://ajamihashim.blogspot.com/

Ada banyak ulasan lain yang bagus-bagus untuk bacaan anda.

Fadz : Anak Halal (2007) Yang Haram Jadah

Hadiah Daripada Hati Siti Nurhaliza

•Disember 15, 2007 • Tinggalkan Komen

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

(ANCHOR)
Hadiah Daripada Hati, itulah judul album terbaru Dato’ Siti Nurhaliza yang mula dipasarkan pada 10 Disember 2007.

Majlis Pelancaran album tersebut diadakan di Hotel Legend Kuala Lumpur yang turut dihadiri suaminya, Dato’ Seri Khalid Mohamad Jiwa, pengurusan Suria Records dan Siti Nurhaliza Productions Sdn. Bhd.

(VT)
Album yang diterbitkan oleh Siti Nurhaliza Productions Sdn. Bhd. dan diedarkan oleh Suria Records itu adalah album berkonsep pop yang memuatkan lagu pelbagai rentak sesuai dengan citarasa peminat muzik tempatan.

Formula sama yang digunakan untuk album Transkripsi dengan menggabungkan kerjasama komposer Malaysia dan Indonesia digunakan sekali lagi.

Cuma kali ini komposer dari Singapura turut bergabung tenaga menyumbangkan lagu untuk album tersebut.

Penerbit album yang terlibat terdiri daripada Aubrey Suwito, Audi Mok, Azlan Abu Hassan, Greg Henderson, Jenny Chin, Sharon Paul dan Siti Nurhaliza sendiri.

Antara lagu yang dimuatkan dalam album ini ialah Ku Mahu, Melawan Kesepian, Tanpa Kalian, Biarkan dan Kerana Dirimu.

Lagu Mulanya Cinta, lagu yang dipersembahkan oleh “Azizah” watak yang dipegang oleh Siti dalam Teater Muzikal P.Ramlee turut dimuatkan dalam album berkenaan.

Lagu tersebut ciptaan komposer tersohor Singapura, Dick Lee dan liriknya nukilan Adlin Aman Ramlie.

Tidak ketinggalan lagu tema filem 1957 Hati Malaya yang bertajuk Hati, ciptaan Sharon Paul dan lirik oleh Shuhaimi Baba.

Lagu-lagu lain yang terkandung di dalam album itu termasuklah Wanita, Sutramaya dan Sekian Lama.

Lagu Cintamu merupakan lagu khas yang ditujukan buat suami tercinta, Dato’ K.

Turut disampaikan di majlis tersebut ialah Anugerah Empat Cakera Platinum untuk album Transkripsi manakala Anugerah Tiga Cakera Platinum untuk album Siti Nurhaliza In Concert Royal Albert Hall, London yang telah mencatatkan jualan memberangsangkan.

Di majlis yang sama, Siti Nurhaliza turut melancarkan kod muat turun syarikatnya, SN Mobile Digital Sdn. Bhd iaitu 33777.

Siti Nurhaliza, suami dan keluarganya terlah berangkat ke tanah suci Mekah pada 13 Disember untuk menunaikan fardhu haji.//

Nota : Ulasan album kena tunggu lah. Sejak berada di AWANI ni memang masa makin kurang. Sempat pergi event, balik kena buat story kerja. Sebagai pembuka kata, Hadiah Daripada Hati hanyalah sebuah album yang biasa dari Siti Nurhaliza. Mungkin kena dengar banyak kali !